Tuesday, November 3, 2009

Membuang Fail / Folder Yang Tegar

Salam Semua,

Pada kali ini, aku nak kongsi cara2 membuang fail atau folder yang bila kita try nak delete je... Akan keluar pernyataan 'Access is Denied'. Pernyataan ini secara normalnya hanya keluar sekiranya fail yang nak dibuang tu adalah fail yang sedang digunakan, atau kita sendiri tidak ada access penuh bagi PC yang digunakan.

Hal ini biasa terjadi pada thumbdrive atau external harddisk yang kita bawa ke mana2. Ada sesetengah keadaan bila mana virus masuk ke dalam media ini dan bila kita bawa semula ke PC kita, antivirus dapat mengesan kehadiran virus tetapi tidak boleh membuangnya... Ini adalah kerana 'access permission' untuk fail berkenaan adalah terhad.

Oleh yang demikian, dalam posting kali ini aku akan tunjukkan cara2 untuk kita dapatkan 'access permission' untuk fail yang tak boleh dibuang ini. Tanpa menggunakan sebarang tools dan mengambil masa hanya 3 minit (setiap fail).
  1. Tutup dulu Simple File Sharing
  2. Buka Windows Explorer, klik Tools --> Folder Options...
  3. Pada tab View tu, kosongkan kotak 'Use Simple File Sharing (Recommended)'
  4. Klik OK
  5. Sekarang, kita akan 'kerjakan' fail atau folder yang bermasalah tadi.
  6. Halakan mouse pada fail yang bermasalah dan tekan butang kanan mouse, klik pada Properties
  7. Pilih tab Security, biasanya korang akan dapati ruangan 'Group or user names:' kosong... (Sekiranya fail yang tidak bermasalah, pada ruangan itu akan diisi dengan user seperti 'Everyone' atau 'Administrator').
  8. Jika ruangan tersebut kosong, klik butang 'Advanced'.
  9. Pada tab Owner, perhatikan ruangan 'Current owner of this item:' pastinya kosong. Sila klik pada salah satu user pada ruangan 'Change owner to:' (pilih Administrator atau apa2 akaun berstatus administrator yang lain).
  10. Klik OK, dan klik OK sekali lagi.
  11. Sekarang, sila gunakan butang kanan mouse sekali lagi untuk buka Properties.
  12. Pilih tab Security, korang akan dapati ruangan 'Group or user names:' telah terisi dengan nama2 user sebelum ini (ada yang namanya panjang 'S51xxxxxx' dan satu lagi biasanya SYSTEM). Sila buang user2 ini dengan menekan butang Remove atau tekan DEL pada keyboard.
  13. Sekarang, tekan butang Add... --> Advanced... --> Find Now.
  14. Pilih user Administrator dan klik OK.
  15. Sekarang, Administrator telah 'menguasai' fail atau folder ini. Sebelum korang buang fail ini, pastikan pada ruangan 'Permission for Administrator' tu, korang tanda pada kotak Allow untuk 'Full Control'. Klik OK.
  16. Sekarang, bolehlah korang delete fail atau folder tersebut. Korang juga boleh 'wakilkan' antivirus korang untuk buang fail berkenaan.

Akhir sekali, perlu diingatkan bahawa tak semua fail boleh dibuka dengan cara yang sama. Mungkin ada ketika korang terpaksa buat langkah2 di atas kepada setiap satu fail yang bermasalah (jenis tak makan saman, walaupun duduk dalam satu folder yang sama). Jadi, tahan2 jela yer...

Selamat Mencuba...