Lama sungguh tak update blog ni. Hari ni, aku hanya nak berkongsi satu cara termudah untuk mengelakkan 'autorun.inf' daripada memasuki external disk / thumbdrive anda. Fail autorun ni kebiasaannya dikaitkan dengan virus dan dengan menggunakan fail inilah virus dapat memasuki sistem dengan mudah. Mana-mana komputer yang telah dimasuki virus biasanya akan menyebarkan virus tersebut dengan cara memindahkan fail 'autorun.inf' dan fail berisi virus (biasanya terletak di dalam folder 'Recycler') ke dalam external disk / thumbdrive tanpa disedari.
Berikut adalah cara termudah untuk mengelakkan daripada fail autorun daripada memasuki external disk / thumbdrive anda:
- Selepas selesai buat virus check (pastikan tiada virus yang tertinggal dan fail 'autorun.inf' telah dihapuskan), buat satu folder baharu dalam external disk / thumbrive anda.
- Namakan folder tersebut sebagai 'autorun.inf' (tanpa '').
- Tandakan sebagai 'Read Only' pada 'Folder Properties'
- Ulangi langkah yang sama pada setiap partition pada external disk anda (jika ada).
Dengan cara ini, fail autorun yang berisi virus tidak akan dapat 'menyelinap' dalam external disk / thumbdrive anda oleh kerana 'kegagalan' fail tersebut membuat salinan ke dalam media-media tersebut.