Wednesday, December 8, 2010

Cara Termudah Mengelak 'autorun.inf' Memasuki External Disk / Thumbdrive

Lama sungguh tak update blog ni. Hari ni, aku hanya nak berkongsi satu cara termudah untuk mengelakkan 'autorun.inf' daripada memasuki external disk / thumbdrive anda. Fail autorun ni kebiasaannya dikaitkan dengan virus dan dengan menggunakan fail inilah virus dapat memasuki sistem dengan mudah. Mana-mana komputer yang telah dimasuki virus biasanya akan menyebarkan virus tersebut dengan cara memindahkan fail 'autorun.inf' dan fail berisi virus (biasanya terletak di dalam folder 'Recycler') ke dalam external disk / thumbdrive tanpa disedari.

Berikut adalah cara termudah untuk mengelakkan daripada fail autorun daripada memasuki external disk / thumbdrive anda:
  1. Selepas selesai buat virus check (pastikan tiada virus yang tertinggal dan fail 'autorun.inf' telah dihapuskan), buat satu folder baharu dalam external disk / thumbrive anda.
  2. Namakan folder tersebut sebagai 'autorun.inf' (tanpa '').
  3. Tandakan sebagai 'Read Only' pada 'Folder Properties'
  4. Ulangi langkah yang sama pada setiap partition pada external disk anda (jika ada).
Dengan cara ini, fail autorun yang berisi virus tidak akan dapat 'menyelinap' dalam external disk / thumbdrive anda oleh kerana 'kegagalan' fail tersebut membuat salinan ke dalam media-media tersebut.