Saturday, August 4, 2012

Cara-Cara Mengatasi Masalah Outlook 'Hang' Ketika Memuat Turun Email

Aku pasti ramai yang menghadapi situasi ini tambah-tambah lagi apabila bertukar kepada komputer baru. Berikut adalah cara-cara bagaimana mengelakkan Microsoft Outlook anda daripada 'hang' ketika memuat turun email daripada Google Mail (cara-cara di bawah sangat sesuai bagi mereka yang menggunakan aplikasi email Google. Namun begitu, sekiranya anda menggunakan aplikasi email yang lain juga boleh mencuba).
 
Apabila anda berada di dalam aplikasi Microsoft Outlook:
  1. Klik ke File -> Options -> Advanced
  2. Cari 'Send / Receive' kemudian klik butang Send / Receive di sebelah kanan
  3. Pada tetingkap Send / Receive Groups, klik pada butang Edit
  4. Pada settings 'Received mail items', pilih 'Use the custom behavior defined below'
  5. Pada ruangan Folder Options, anda akan dapat lihat senarai folder-folder dalam akaun Google Mail anda. Pastikan anda menanda pada kotak 'Inbox' sahaja dan biarkan kotak-kotak yang lain tidak bertanda.
  6. Klik butang OK, Close dan OK.
  7. Sila tutup aplikasi Microsoft Outlook anda. Anda mungkin akan mendapat satu pernyataan menyatakan bahawa Microsoft Outlook anda tidak berfungsi. Sila abaikan pernyataan tersebut dengan menekan butang OK.
  8. Sila buka semula aplikasi Microsoft Outlook anda, kemudian tekan butang Send / Receive All Folders.
  9. Sepatutnya tempoh penyelarasan (synchronization) akan mengambil masa kurang 1 minit sahaja (bergantung kepada berapa banyak email-email lama anda).
Selamat mencuba!