Thursday, October 20, 2011

Unhide Fail Yang Di'Hidden'kan Oleh Virus

Kali ni aku nak share satu lagi masalah yang biasa ditemui bila kita cucuk USB sembarangan (especially kerja macam aku yang dok cucuk USB kat makmal2 komputer Universiti... huhuhu).

Ada sejenis virus Win32/Dorkbot.D worm dan yang sama waktu dengannya mempunyai kebolehan membuat 'shortcut' untuk folder2 dalam USB dan 'hidden'kan folder dan fail korang... Virus ni tak berapa berbahaya tapi disebabkan ia dalam kategori worm, ia akan replicate dengan sendirinya jika tidak dihapuskan. Dalam masa yang sama folder korang tidak akan dapat diakses dengan mudah melainkan korang gunakan 'Folder Options' pada Windows untuk 'reveal hidden folders' ni. Berikut adalah cara untuk menyelesaikan masalah ini:
  1. Scan USB korang menggunakan antivirus2 yang 'boleh diharap', contohnya: Kaspersky atau NOD32.
  2. Hapuskan semua virus2 ni, biasanya dalam report antivirus akan dinyatakan sebagai 'namafail.lnk'
  3. Lepas dah clear semuanya, sila buka Command Prompt... (Run cmd)
  4. Alihkan dari drive C: ke drive letter USB korang, contohnya F:
  5. Sila taip command ini: attrib -r -s -h *.* /s /d (Contoh: F:\>attrib -r -s -h *.* /s /d)
  6. Tunggu sebentar, kemudian cuba perhatikan dalam USB korang...
Selamat mencuba!

Friday, October 14, 2011

Masalah dengan graphic card lama...

Mungkin ada yang berminat untuk install Windows 7 dalam laptop / desktop lama. Malangnya Windows 7 tak support Intel Graphic 915 ke bawah... Especially Intel 825 dan 855... Setelah puas browse kat internet, akhirnya aku menjumpai satu laman web yang mana cara2 yang ditunjukkan sangat berkesan bagi mengatasi masalah ini. Sila rujuk: http://groundstate.net/855GMWin7.html

Selamat mencuba!

Friday, June 10, 2011

Printer Spooler Services Tiba-Tiba Berhenti (Windows 7)

Masalah ini jarang berlaku. Berikut adalah antara penyelesaian yang boleh diguna pakai:
  1. Pastikan Print Spooler Services dalam mod Start
  2. Start --> taip services.msc --> cari Print Spooler
  3. Pastikan Service Status: Started dan Startup Type: Automatic
  4. Jika masih bermasalah, sila ikuti langkah seterusnya
  5. Start --> taip cmd
  6. Pada Command Prompt, taip sfc /scannow
  7. SFC atau System File Checker Tool berfungsi untuk mengesan fail-fail bermasalah dan akan menggantikannya dengan fail yang baharu. Mungkin Windows akan meminta DVD Windows 7 semasa proses ini berjalan.
  8. Apabila selesai, tutup Command Prompt dan restart komputer.
  9. Jika masih bermasalah, langkah seterusnya merupakan langkah terakhir
  10. Start --> taip regedit
  11. Pergi ke key berikut: HKEY_LOCAL_MACHINE -> SYSTEM -> ControlSet001 ->
    Control -> Print -> Environments -> Windows NT x86 -> Driver -> Version -3
  12. Sila delete semua folder printer-printer yang bermasalah sahaja
  13. Tutup regedit, dan restart
  14. Install semula printer yang bermasalah menggunakan driver yang terkini
Kalau nak cuba Microsoft Fix It pun boleh juga...


Selamat mencuba.

Cara-cara Untuk Speed Up Outlook 2010 (Gmail - IMAP)