Friday, June 10, 2011

Printer Spooler Services Tiba-Tiba Berhenti (Windows 7)

Masalah ini jarang berlaku. Berikut adalah antara penyelesaian yang boleh diguna pakai:
  1. Pastikan Print Spooler Services dalam mod Start
  2. Start --> taip services.msc --> cari Print Spooler
  3. Pastikan Service Status: Started dan Startup Type: Automatic
  4. Jika masih bermasalah, sila ikuti langkah seterusnya
  5. Start --> taip cmd
  6. Pada Command Prompt, taip sfc /scannow
  7. SFC atau System File Checker Tool berfungsi untuk mengesan fail-fail bermasalah dan akan menggantikannya dengan fail yang baharu. Mungkin Windows akan meminta DVD Windows 7 semasa proses ini berjalan.
  8. Apabila selesai, tutup Command Prompt dan restart komputer.
  9. Jika masih bermasalah, langkah seterusnya merupakan langkah terakhir
  10. Start --> taip regedit
  11. Pergi ke key berikut: HKEY_LOCAL_MACHINE -> SYSTEM -> ControlSet001 ->
    Control -> Print -> Environments -> Windows NT x86 -> Driver -> Version -3
  12. Sila delete semua folder printer-printer yang bermasalah sahaja
  13. Tutup regedit, dan restart
  14. Install semula printer yang bermasalah menggunakan driver yang terkini
Kalau nak cuba Microsoft Fix It pun boleh juga...


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment