Monday, October 26, 2009

Tak Boleh Masuk Vista

Assalamualaikum,

Pada post kali ini, ingin aku kongsi berkenaan masalah yang aku hadapi ketika membuat installation di INTAN Bukit Kiara. Ada 2 buah PC tak boleh masuk desktop. Bila login je, terus keluar skrin biru dan mouse icon sahaja. Aku carilah solution kat Google. Dalam banyak2 solution, yang ni paling berhasil:

  1. Klik CTRL+ALT+DEL dan keluarkan Task Manager
  2. Klik 'New Task...'
  3. Klik 'Browse...'
  4. Cari 'explorer.exe' (biasanya ada kat c:\windows\explorer.exe)
  5. Klik 'OK', sepatutnya korang akan dapat access semua desktop PC ni. Tapi masalah belum selesai... Seterusnya...
  6. Klik Start, pi kat run (atau search) tu, taip regedit
  7. Kat Registry Editor tu, pilih HKEY_LOCAL_MACHINE
  8. Pastu pilih SOFTWARE --> Microsoft --> Windows NT --> CurrentVersion --> Winlogon
    Kat Winlogon tu, cari key yang bernama Shell
  9. Sepatutnya kat Shell tu, value asal ialah explorer.exe, kalau ada value lain kat sebelah explorer.exe tu, contohnya macam kat PC yang bermasalah ni nilai die 'explorer.exe csrcs.exe', sila buang csrcs.exe tu (atau apa2 yang korang jumpa kat sebelah explorer.exe tu.
  10. Ok, sekarang kita nak buang pulak file yang mengganggu registry tadi (dalam kes ni, csrcs.exe). Biasanya file ini adalah virus yang cuba ganggu user untuk login masuk.
  11. Sekiranya korang masih belum keluar dari Registry Editor tadi (kalau dah keluar taip 'regedit' balik), klik Edit --> Find...
  12. Klik dulu pada My Computer. Kemudian taip nama file yang mengganggu explorer.exe tadi (dalam kes ni 'csrcs.exe')
  13. Klik Find Next. Sila delete semua key yang berkaitan.
  14. Klik Find Next lagi sampai registry keluarkan mesej 'Finished searching through the registry'
  15. Restart komputer korang...

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment